Kehidupan peribadi P. Kalimuthu

Bentong Kali dilahirkan sebagai Kalimuthu a/l Pakirisamy dalam sebuah keluarga India di Bentong, Pahang pada 22 Januari 1961. Beliau merupakan anak kelapan daripada sebelas adik-beradik. Taraf pendidikannya setakat Tingkatan 1.

Bentong Kali juga dikatakan mempunyai banyak lukisan tatu di tubuh badannya bagi menggambarkan tahap keganasannya. Beliau mempunyai tatu 'BORN TO DIE' (DILAHIRKAN DEMI KEMATIAN) di tangan kanannya dan gambar kepala harimau pada tangan kirinya. Pada kedua-dua paha beliau, beliau mempunyai tatu gambar-gambar wanita bogel, serta tatu ular dan watak helang di belakangnya. Bentong Kali juga mempunyai kesan parut pembedahan pada abdomennya.

Senjata pilihan kegemarannya ialah pistol separa automatik buatan Jerman, SIG Sauer P226.